(Komuniti) Program Kempen Derma Darah Bersama Komuniti PI Semop 2020 & Tayangan Video Klik Dengan Bijak
13 Januari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 12 Januari 2020, Pusat Internet Semop telah bekerjasama dengan Hospital Daerah Daro untuk menganjurkan Program Kempen Derma Darah Bersama Komuniti PI Semop 2020. Program ini telah berlangsung di Pusat Internet Semop dan bermula dari jam 9.30 pagi dan tamat pada 12.30 tengahari. Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan untuk pembuka tahun baru 2020. Oleh itu, lebih 40 orang penduduk Kampung Semop yang datang bagi membuat pemeriksaan kesihatan sebelum menderma darah dan dalam 21 orang peserta yang datang layak menderma darah pada hari tersebut. Selain itu, program ini disertai oleh 8 orang staff dari Hospital Daerah Daro.
Selain program Derma darah, pengunjung @ peserta dapat menonton Tayangan Video Klik Dengan Bijak dan video aktiviti yang pernah diadakan di Kampung Semop. Terima Kasih kepada pihak Hospital Daro sebab memilih PI sebagai lokasi untuk Kempen Derma Darah mereka. Terima Kasih juga kepada penduduk Kampung Semop dan sekitarnya yang dating memberi sokongan padu kepada aktiviti derma darah tersebut yang bertema “Seorang Penderma boleh menyelamatkan 3 nyawa”.
Tahniah dan syabas sekali lagi kepada semua yang terlibat. Semoga kita berjumpa lagi untuk akan datang. Terima kasih semua.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :